tears
aim high tackle low
20:26
Wednesday, February 10, 2010: Kesempurnaan Diri Seorang Muslim


Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
” Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
” Tanyalah apa yang engkau kehendaki “
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi
Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya


21:55
Monday, January 11, 2010: Dua Belas Barisan Bagi Umat Nabi Muhammad di Padang Masyar


Suatu ketika, Muaz  b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong  huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

“Pada sangkakala ditiup,maka  kamu sekalian datang berbaris-baris” Surah an-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda  menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan  kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan  berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka  sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN  PERTAMA  
Di iring dari kubur  dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu  seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang  yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan  tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN  KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi  hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu  hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali  mereka adalah neraka…”

BARISAN  KETIGA  
Mereka berbentuk  keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.  
“Mereka itu adalah  orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali  mereka adalah neraka…”

BARISAN  KEEMPAT  
Diiring dari kubur  dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.  
“Mereka  itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan  tempat mereka adalah neraka…” 

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.  Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu  ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang  menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula  rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka  adalah neraka…”

BARISAN  KEENAM  
Diiring dari kubur  dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang  menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka  mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di  atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN  KELAPAN  
Diiring dari kubur  dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang  berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”  

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari  kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka  penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…”

BARISAN  KESEPULUH  
Diiring dari kubur  mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.  
“Mereka adalah orang  yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali  mereka adalah neraka…”

BARISAN  KESEBELAS  
Diiring dari kubur  mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk  lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur  memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah  orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  neraka…” 

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar  laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah  suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang  beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka  memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah  bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah  syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha  Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan  dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan  manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah  denganNya…..Wallahua’alam.


22:23
Thursday, January 7, 2010: Ujian Allah.

“AKU TAK DAPAT TAHAN!!!”
“Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” ~Surah Yusuf ayat 12

“KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? “
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
~ At-Taubah ayat 129

“APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?”
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. “~ At-Taubah ayat 111

“BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?”
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ~ Al-Imran ayat 200….

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ~ Al-Baqarah ayat 45

“RASA FRUST?”
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ~Surah Al-Imran ayat 139

“KENAPA UJIAN SEBERAT INI?”
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~Surah Al-Baqarah ayat 286

“KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?”
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~Surah Al-Baqarah ayat 216

“KENAPA AKU DIUJI?”
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” ~ Al-Ankabut ayat 2-3


23:01
Monday, January 4, 2010: Rahsia Solat yang ramai tidak ketahui

”Senarai di bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘ FRIDAY the 13th ‘ jika
ada di kalangan kamu yang perasan!!!’

Agar wajah selalu segar: berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes
dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan
berdo’a.

Untuk menghilangkan stress: Cukup dengan memperbanyakkan solat.. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.

Untuk pelembab, agar awet muda: gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ‘Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii’ (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik: bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.

Agar tubuh langsing, mulus: diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri: sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud :
Memaagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nangkir di
dalam kubur.

11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

‘Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…’ Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


21:33
Wednesday, December 2, 2009: Air mata Rasulullah


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
“Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik
turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun
dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut, “kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”
“Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii,ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


22:12
Tuesday, December 1, 2009: Khutbah terakhir Rasulullah


Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.


22:11
Tuesday, November 24, 2009: Cinta Abadi sufi

Tidak ada cinta abadi selain cinta dalam naungan ilahi...Cinta abadi yang hanya dimiliki oleh seorang hamba karena kedhaifan diri dan kelemahan iman, terlepas dari cinta dunia yang fana dan penuh kehampaan...

dipetik dri:

http://cintasufi.blogspot.com/