tears
aim high tackle low
22:15
Sunday, March 22, 2009: Hari terakhir Cuti sekolah

Esok sudah mula sekolah selepas cuti seminggu. Pada hari cuti, dua hari pertama harus datang ke sekolah untuk kelas tambahan. Hari Isnin, setengah hari itu dipenuhi dengan pelajaran ilmu hisab dan ilmu kimia. Yang mengajar kami adalah guru-guru sukarelawan yang sukarela mengajar kami dengan tekun. Saya amat berterimakasih dengan pertolongan mereka. Hari kedua, seluruh setengah hari, 0800-1230, dipenuhi seluruhnya dengan pelajaran fizik. Baru saya tahu bahawa praktikal fizik lebih susah dari ilmu kimia. Tapi tidak mengapa, dengan pertolongan guru-guru yang selalu bekerja keras untuk membantu kami, saya akan berusaha lebih keras untuk menunjukkan bahawasanya kerja keras mereka bukan sia-sia tapi satu pencapaian untuk maju kehadapan lagi dan perbaiki apa yang salah. Dan hari-hari lain tidak perlulah saya cerita. Kalau tidak, akan lebih panjanglah post ini dan saya tahu bahawasanya ramai antara kamu tidak suka yg panjang lebar.

sekian, wslkm wr wb...