aim high tackle low
|
22:23
Thursday, January 7, 2010: Ujian Allah.
“AKU TAK DAPAT TAHAN!!!” “Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” ~Surah Yusuf ayat 12 “KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? “ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” ~ At-Taubah ayat 129 “APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?” “Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. “~ At-Taubah ayat 111 “BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?” “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ~ Al-Imran ayat 200…. “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ~ Al-Baqarah ayat 45 “RASA FRUST?” “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” ~Surah Al-Imran ayat 139 “KENAPA UJIAN SEBERAT INI?” “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~Surah Al-Baqarah ayat 286 “KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?” “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ~Surah Al-Baqarah ayat 216 “KENAPA AKU DIUJI?” “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” ~ Al-Ankabut ayat 2-3 |